Laskar Pelangi (Bab 3: Inisiasi)

Saturday 21 April 2012

Andrea Hirata's Laskar Pelangi

Kerana penampilan Pak Harfan seperti beruang madu maka ketika pertama kali melihatnya kami berasa takut. Anak kecil yang tidak kuat mental boleh terus terkena sawan. Namun, ketika beliau mula berbicara, tidak disangka meluncurkan mutiara-mutiara nan puitis sebagai prolog penerimaan selamat datang penuh suasana sukacita di sekolahnya yang sederhana. Kemudian dalam waktu yang amat singkat beliau telah memenangi hati kami. Beliau bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan binatang yang terselamat daripada banjir.

"Mereka yang ingkar telah diingatkan air bah akan datang...," demikian ceritanya dengan wajah penuh penghayatan.

"Namun, kesombongan membutakan mata dan memekakkan telinga mereka, hingga mereka musnah dilambung ombak...."

Sebuah kisah yang sangat memberi kesan. Pelajaran moral pertama bagiku: jika tidak rajin bersolat maka pandai-pandailah berenang.


teh funneh!
 
Design by Pocket Blogger Templates