Mautopia ialah sebuah dystopian novel yang sungguh Orwellian sekali. Jika 1984 ada Big Brother, newspeak, telescreen, thoughtcrime; Mautopia ada Guru Besar, tontonyang, larangpantang.
3 bintang.
image source: binfilem.blogspot.com
If you know how to cheat, start now..
Kerana penampilan Pak Harfan seperti beruang madu maka ketika pertama kali melihatnya kami berasa takut. Anak kecil yang tidak kuat mental boleh terus terkena sawan. Namun, ketika beliau mula berbicara, tidak disangka meluncurkan mutiara-mutiara nan puitis sebagai prolog penerimaan selamat datang penuh suasana sukacita di sekolahnya yang sederhana. Kemudian dalam waktu yang amat singkat beliau telah memenangi hati kami. Beliau bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan binatang yang terselamat daripada banjir.
"Mereka yang ingkar telah diingatkan air bah akan datang...," demikian ceritanya dengan wajah penuh penghayatan.
"Namun, kesombongan membutakan mata dan memekakkan telinga mereka, hingga mereka musnah dilambung ombak...."
Sebuah kisah yang sangat memberi kesan. Pelajaran moral pertama bagiku: jika tidak rajin bersolat maka pandai-pandailah berenang.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.